A-level bagi kemasukan universiti British A-level

Oleh sebab pelajar-pelajar A-level biasanya memohon untuk memasuki universiti sebelum mengambil peperiksaan akhir tahun, universiti-universiti British (termasuk universiti-universiti di Scotland yang juga menerima banyak permohonan pelajar A-level) menimbang ramalan keputusan A-level apabila membuat untuk menawarkan tempat kepada pemohon tersebut. Ramalan tersebut dibuat oleh guru-guru bagi pelajar tersebut dan ramalan tersebut mungkin tidak tepat. Oleh itu, penerimaan pelajar untuk mengambil mana-mana kursus bergantung pada pencapaian sebenar gred pelajar tersebut,seperti keputusan mestilah B-B-C bagi sesuatu kursus. Pihak universiti boleh menentukan subjek yang wajib bagi pemohon. Gred-gred A-level juga biasanya dikira dalam bentuk skor markah menerusi sistem kemasukan universiti UCAS. Sebagai contoh, dalam sistem UCAS, bagi setiap gred A dalam A-level berjumlah 120 markah dan setiap gred B adalah 100, setiap gred C adalah 80, dan setiap gred D adalah 60 dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah universiti boleh menentukan bahawa kelayakan pemohon adalah 280 markah. Sistem ini memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada pelajar, kerana 280 markah juga boleh dicapai oleh kombinasi gred A-B-D, yang kemungkinan tidak dapat memenuhi kelayakan B-B-C disebabkan mendapat gred D. Sistem markah tersebut juga membenarkan pengiraan markah untuk bidang bukan akademik, seperti gred muzik yang berperingkat tinggi atau kursus kemahiran yang lain.